Pelabelan merupakan satu perkara yang penting yang harus diperhatikan oleh pengguna sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli mana-mana produk yang dikehendaki. Label adalah penting sebagai garis panduan kepada pembeli/pengguna.
Daripada sudut pengguna, palabelan produk adalah sangat penting kerana :
- Mengetahui isi kandungan produk : Mengetahui apa yang dibeli dan apa yang akan di makan adalah satu perkara bijak bagi pengguna. Label pada setiap produk memberikan informasi kepada pengguna akan kandungan produk tersebut yang boleh menolong pengguna bagi mengetahui sama ada produk tersebut memberi manfaat atau tidak sekiranya menggunakannya. Contoh : bagi golongan muslim logo halal pada label atau produk makanan adalah sangat penting bagi mengenal pasti sama ada makanan tersebut boleh di makan dan tidak mempunyai campuran unsur-unsur yang haram contoh; alkohol,lemak khinzir dan lain-lain algi.
- Mengetahui cara penggunaan produk : Apabila merujuk kepada produk kesihatan seperti ubat-ubatan atau produk kecantikan , label sangat memainkan peranan yang penting bagi menerangkan cara penggunaan kepada pengguna. Melalui label, pengguna dapat mengetahui cara atau kaedah pemakanan produk kesihatan (sama ada ubat itu perlu ditelan,disapu pada kulit atau dikunyah), kuantiti yang perlu diambil dan waktu pengambilan ubat tersebut (sama ada selepas atau sebelum makan). Oleh itu, secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa pelabelan adalah sangat penting bagi kehidupan seharian pengguna.
- Risiko kesihatan : Pelabelan boleh mengelak pengguna daripada sebarang risiko penyakit. Sekiranya ada pengguna yang alergik dengan kandungan tertentu, label boleh menjadi penyelamat dengan memberikan informasi atau panduan kepada pengguna. Sekiranya pembacaan label dijadikan amalan kepada setiap pengguna,ianya secara tidak langsung dapat membantu para pengguna menganalisa kandungan produk dengan lebih terperinci.Kita mungkin tidak mengatahui campuran kandungan produk tersebut boleh membahayakan diri kita sebagai pengguna. Jadi, pembacaan teliti pada label produk merupakan satu langkah pencegahan untuk mengelak daripada membeli produk yang berbahaya.
- Penjimatan : Jenama produk yang terkenal ada kemungkinan mempunyai kandungan yang sama dengan jenama produk yang kurang terkenal. Pelabelan membantu pengguna untuk membandingkan harga dan juga kandungan produk tersebut. Kebiasaannya, label akan mempamerkan harga jualan bagi produk tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung ia membantu pengguna menjadi pengguna yang bijak untuk membuat perbandingan harga. Bagi pengusaha produk, apabila meletakkan harga dan kandungan yang terperinci pada label produk ianya sekaligus dapat meningkatkan lagi hasil jualan produk tersebut. Pengguna yang selesa dengan pembacaan maklumat pada label boleh dengan mudahnya membeli produk tersebut kerana percaya bahawa informasi pada label yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami.
- Peringatan dan amaran : Pelabelan adalah sangat penting bagi menerangkan dan menunjukkan bahawa produk tersebut selamat atau sebaliknya. Ada sesetengah produk seperti ubat-ubatan harus meletakkan label "peringatan atau amaran" sekiranya ia diperlukan. Contoh : sekiranya ubat itu hanya kegunaan luaran badan sahaja seperti krim, ianya harus dinyatakan pada label bagi mengelakkan salah anggap oleh pengguna.
Justeru itu, jelas menunjukkan betapa pentingnya pelabelan kepada pengguna. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, membaca label adalah perkara penting yang patut dipraktikkan sebelum membeli mana-mana produk.
Pelabelan adalah penting untuk memberi maklumat kepada pengguna. Pengguna akan lebh tertarik dengan label yang berkualiti dan bierinformatif. Jadilah pengguna yang bijak !
ReplyDeleteSaya hanya akan tertarik pada sesuatu produk sekiranya label itu tidak was-was
ReplyDeleteDari : Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia , UiTM
Get Noob
ReplyDeletehuhtrihoihfujnjfnjkvnkrIhiu
ReplyDeleteHi mother fucker
DeleteAyyo listen up,no matter what they say no matter what they do
ReplyDelete