LABEL PEMAKANAN



  • Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan undang-undang bagi label pemakanan samada makanan dalm tin,plastik,kotak dan sebagainya.
  • Mengikut Peraturan Makanan 1985, label pemakanan yang berkaitan dengan bungkusan makanan bermaksud deskripsi yang bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengguna berkenaan kandungan nutrisi makanan tersebut.
  • Makanan yang harus mempunyai label makanan ialah :
  1. Makanan bijiran dan roti, produk tenusu,konfeksi tepung, ikan, daging,ayam dan sayuran dalam tin,jus buah-buahan dan buah-buahan dalam tin dan mayonis.
  2. Makanan yang telah diperkayakan dengan vitamin atau mineral.
  • Zat makanan yang penting harus ditonjolkan ialah :
  1. Tenaga (kalori)
  2. Protein
  3. Karbohidrat
  4. Lemak
  • Selain itu, zat makanan lain seperti kolestrol,sodium dan serat makanan adalah terpulang pada pengeluar untuk dipamerkan
  • Tarikh luput juga adalah salah satu unsur penting pelabelan makanan.
  • Label pemakanan dititikberatkan kerana ia memberikan maklumat berkenaan zat makanan bagi membantu pengguna mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. Ia berkait rapat dengan keselamatan produk makanan tersebut.

2 comments: