Label produk yang bagus haruslah memiliki 5 kriteria dibawah:
- Mempunyai maklumat asas : Label sesuatu produk haruslah mempunyai jenama,harga,tarikh luput dan nama pengilang/pembuat produk tersebut.
- Maklumat tentang kandungan bahan : Sesuatu produk yang bagus haruslah menunjukkan maklumat tentang kandungan makanan yang digunakan. Maklumat yang diberikan seharusnya dapat difahami oleh pengguna dengan jelas. Selain itu, berat sesuatu produk juga harus dimaklumkan.
- Maklumat tentang cara penggunaan : Salah satu kriteria label yang bagus untuk sesuatu produk haruslah meletakkan cara penggunaan produk tersebut dengan jelas dan mudah difahami. Jenis produk yang sangat penting yang harus mempunyai cara penggunaan adalah alat elektrik, komputer,mesin dan lain-lain lagi.Untuk produk makanan pula, cara simpanan produk harus ditunjukkan bagi memastikan kondisi makanan adalah sentiasa berkeadaan baik.
- Simbol bahaya : Sekiranya produk tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada mana-mana pengguna, label haruslah meletakkan atau memberitahu bahawa pengguna mesti berhati-hati dalam menggunakan sesuatu produk.
- Mudah untuk dibaca: Label adalah untuk kegunaan pengguna. Label yang bagus adalah mudah dilihat dan dibaca oleh pengguna.
0 comments:
Post a Comment