LABEL KESIHATAN


  • Produk farmaseutikal yang bertujuan untuk jualan di Malaysia harus didaftarkan dengan Penguatkuasa Kawalan Dadah (Drug Control Authority / DCA)
  • Produk yang perlu didaftar adalah produk farmaseutikal yang mengandungi racun terjadual dan produk farmaseutikal yang mengandungi racun terjadual dan produk farmaseutikal yang mengandungi racun tidak terjadual (yang dijual di farmasi tempatan)
  • Produk-produk ini termasuk syampu ahli kelemumur, plaster berubat,antiseptik/ubat pembasmi kuman,produk kesihatan oral seperti anti plag dan diet tambahan seperti Chitosan.
  • Produk tradisional juga harus didaftar, dan di antaranya ialah ubat homeopati,ubat ayurvedik, teh herba dan diet tambahan seperti spirulina, "royal jelly" dan jus aleo vera.
  • Barangan kosmetik termasuk bahan-bahan yang digunakan bertujuan untuk penggunaan bahagian luaran badan perlu didaftar dengan Penguatkuasa Kawalan Dadah (DCA)
  • Pendaftaran di bawah DCA adalah susulan kepada perlaksanaan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) . Setiap produk yang diiktiraf oleh DCA akan mempunyai nombor MAL (Malaysian Approved License), cth : MAL 12345AYZ
  • Nombor pendaftaran MAL boleh disahkan melalui laman web Biro Pengawalan FArmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my

0 comments:

Post a Comment