Definisi Label

Label adalah tulisan, gambar, atau kombinasi kedua-duanya yang disertakan pada wajah atau kemasan suatu produk dengan cara dimasukkan ke dalam, ditampalkan atau dicetak dan merupakan bahagian dari kemasan tersebut untuk memberikan informasi menyeluruh dari isi wadah/kemasan produk tersebut.

Jenis-Jenis Label

Terdapat 3 jenis label yang utama iaitu label produk makanan, label produk alam sekitar dan juga label produk kesihatan.

Kepentingan Pelabelan kepada Pengguna

Pelabelan merupakan satu perkara yang penting yang harus diperhatikan oleh pengguna sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli mana-mana produk yang dikehendaki. Label adalah penting sebagai garis panduan kepada pembeli/pengguna.

Peranan Pengguna Terhadap Label

Pengguna perlu mengamalkan pembacaan label produk sebelum membeli : Sikap yang utama yang harus dipupuk serta diamalkan oleh pengguna ketika membeli mana-mana produk...

Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2014

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.

Monday, June 23, 2014

Peranan Pengguna Terhadap Label

Peranan pengguna kepada label produk :


  • Pengguna perlu mengamalkan pembacaan label produk sebelum membeli : Mengamalkan pembacaan label produk sebelum membeli adalah sikap atau amalan yang harus dipupuk serta diamalkan oleh pengguna ketika membeli mana-mana produk. Sikap ini boleh  menjadi satu amalan / tabiat yang murni bagi pengguna untuk menyelidik dahulu kandungan sesuatu produk bagi mengelakkan sebarang penipuan. Selain itu, apabila sikap ini menjadi satu perkara yang wajib dilakukan, pihak pengeluar produk sekaligus akan mengambil berat tentang isu pelabelan dan menjadikan label sebagai salah satu elemen yang penting bagi penghasilan sesuatu produk. Label yang cantik dan mempunyai isi kandungan yang bagus akan menarik minat pengguna untuk membeli sekaligus dapat menaikkan jualan sesuatu produk.
  • Pengguna perlu belajar dan mempraktikkan penyaluran maklum balas sekiranya ada sebarang masalah atau kesilapan bagi sesuatu produk : Pengguna seharusnya peka terhadap isi kandungan label sekiranya terdapat perkara yang meragukan bagi sesuatu produk itu. Pengguna seharusnya tahu cara bagi menyalurkan segala maklum balas sekiranya label produk adalah meragukan. Dengan itu secara tidak langsung ia memberi satu kesadaran kepada pengilang produk akan kepentingan sesuatu label, ianya bukan sekadar bahan penarik jualan tetapi kandungan label juga mampu menggugat hasil jualan sekiranya ianya meragukan pengguna.
  • Pengguna perlu menyertai dan menyokong penuh persatuan pengguna yang memperjuangkan hak-hak pengguna khususnya terhadap isu keberkesanan pelabelan produk: Pengguna boleh menyertai mana-mana pertubuhan atau kelab yang memperjuangkan hak pengguna. Tujuan utama sesuatu kelab atau pertubuhan itu adalah memberi pendidikan dan juga menjaga hak-hak pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna tidak mudah tertipu sekiranya produk yang ingin dibeli merupakan produk yang kurang baik daripada segi mutu kandungannya.Ia sekaligus memotivasikan lagi pengilang produk untuk menghasilkan mutu label produk yang jauh lebih berkualiti.
  • Pengguna perlu tahu memboikot produk yang mempunyai kandungan label yang mengelirukan :  Apabila produk yang dibeli mempunyai label yang kandungannya adalah tidak betul, maka pengguna boleh memboikot dengan tidak membeli produk tersebut. Ini sekaligus menampakkan bahawa pengguna kita sudah bijak memilih produk dengan membaca penuh teliti akan label sesuatu produk. Ia secara tidak langsung meningkatkan lagi etika jual beli penghasilan produk oleh pengilang.



Sunday, June 22, 2014

Kepentingan Pelabelan kepada Pengguna

Pelabelan merupakan satu perkara yang penting yang harus diperhatikan oleh pengguna sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli mana-mana produk yang dikehendaki. Label adalah penting sebagai garis panduan kepada pembeli/pengguna. 



Daripada sudut pengguna, palabelan produk adalah sangat penting kerana :



  • Mengetahui isi kandungan produk : Mengetahui apa yang dibeli dan apa yang akan di makan adalah satu perkara bijak bagi pengguna. Label pada setiap produk memberikan informasi kepada pengguna akan kandungan produk tersebut yang boleh menolong pengguna bagi mengetahui sama ada produk tersebut memberi manfaat atau tidak sekiranya menggunakannya. Contoh : bagi golongan muslim logo halal pada label atau produk makanan adalah sangat penting bagi mengenal pasti sama ada makanan tersebut boleh di makan dan tidak mempunyai campuran unsur-unsur yang haram contoh; alkohol,lemak khinzir dan lain-lain algi. 
  • Mengetahui cara penggunaan produk : Apabila merujuk kepada produk kesihatan seperti ubat-ubatan atau produk kecantikan , label sangat memainkan peranan yang penting bagi menerangkan cara penggunaan kepada pengguna. Melalui label, pengguna dapat mengetahui cara atau kaedah pemakanan produk kesihatan (sama ada ubat itu perlu ditelan,disapu pada kulit atau dikunyah), kuantiti yang perlu diambil dan waktu pengambilan ubat tersebut (sama ada selepas atau sebelum makan). Oleh itu, secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa pelabelan adalah sangat penting bagi kehidupan seharian pengguna.
  • Risiko kesihatan : Pelabelan boleh mengelak pengguna daripada sebarang risiko penyakit. Sekiranya ada pengguna yang alergik dengan kandungan tertentu, label boleh menjadi penyelamat dengan memberikan informasi atau panduan kepada pengguna. Sekiranya pembacaan label dijadikan amalan kepada setiap pengguna,ianya secara tidak langsung dapat membantu para pengguna menganalisa kandungan produk dengan lebih terperinci.Kita mungkin tidak mengatahui campuran kandungan produk tersebut boleh membahayakan diri kita sebagai pengguna. Jadi, pembacaan teliti pada label produk merupakan satu langkah pencegahan untuk mengelak daripada membeli produk yang berbahaya.
  • Penjimatan : Jenama produk yang terkenal ada kemungkinan mempunyai kandungan yang sama dengan jenama produk yang kurang terkenal. Pelabelan membantu pengguna untuk membandingkan harga dan juga kandungan produk tersebut. Kebiasaannya, label akan mempamerkan harga jualan bagi produk tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung ia membantu pengguna menjadi pengguna yang bijak untuk membuat perbandingan harga.  Bagi pengusaha produk, apabila meletakkan harga dan kandungan yang terperinci pada label produk ianya sekaligus dapat meningkatkan lagi hasil jualan produk tersebut. Pengguna yang selesa dengan pembacaan maklumat pada label boleh dengan mudahnya membeli produk tersebut kerana percaya bahawa informasi pada label yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami. 
  • Peringatan dan amaran : Pelabelan adalah sangat penting bagi menerangkan dan menunjukkan bahawa produk tersebut selamat atau sebaliknya. Ada sesetengah produk seperti ubat-ubatan harus meletakkan label "peringatan atau amaran" sekiranya ia diperlukan. Contoh : sekiranya ubat itu hanya kegunaan luaran badan sahaja seperti krim, ianya harus dinyatakan pada label bagi mengelakkan salah anggap oleh pengguna. 
Justeru itu, jelas menunjukkan betapa pentingnya pelabelan kepada pengguna. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, membaca label adalah perkara penting yang patut dipraktikkan sebelum membeli mana-mana produk.