Peranan pengguna kepada label produk :
- Pengguna perlu mengamalkan pembacaan label produk sebelum membeli : Mengamalkan pembacaan label produk sebelum membeli adalah sikap atau amalan yang harus dipupuk serta diamalkan oleh pengguna ketika membeli mana-mana produk. Sikap ini boleh menjadi satu amalan / tabiat yang murni bagi pengguna untuk menyelidik dahulu kandungan sesuatu produk bagi mengelakkan sebarang penipuan. Selain itu, apabila sikap ini menjadi satu perkara yang wajib dilakukan, pihak pengeluar produk sekaligus akan mengambil berat tentang isu pelabelan dan menjadikan label sebagai salah satu elemen yang penting bagi penghasilan sesuatu produk. Label yang cantik dan mempunyai isi kandungan yang bagus akan menarik minat pengguna untuk membeli sekaligus dapat menaikkan jualan sesuatu produk.
- Pengguna perlu belajar dan mempraktikkan penyaluran maklum balas sekiranya ada sebarang masalah atau kesilapan bagi sesuatu produk : Pengguna seharusnya peka terhadap isi kandungan label sekiranya terdapat perkara yang meragukan bagi sesuatu produk itu. Pengguna seharusnya tahu cara bagi menyalurkan segala maklum balas sekiranya label produk adalah meragukan. Dengan itu secara tidak langsung ia memberi satu kesadaran kepada pengilang produk akan kepentingan sesuatu label, ianya bukan sekadar bahan penarik jualan tetapi kandungan label juga mampu menggugat hasil jualan sekiranya ianya meragukan pengguna.
- Pengguna perlu menyertai dan menyokong penuh persatuan pengguna yang memperjuangkan hak-hak pengguna khususnya terhadap isu keberkesanan pelabelan produk: Pengguna boleh menyertai mana-mana pertubuhan atau kelab yang memperjuangkan hak pengguna. Tujuan utama sesuatu kelab atau pertubuhan itu adalah memberi pendidikan dan juga menjaga hak-hak pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna tidak mudah tertipu sekiranya produk yang ingin dibeli merupakan produk yang kurang baik daripada segi mutu kandungannya.Ia sekaligus memotivasikan lagi pengilang produk untuk menghasilkan mutu label produk yang jauh lebih berkualiti.
- Pengguna perlu tahu memboikot produk yang mempunyai kandungan label yang mengelirukan : Apabila produk yang dibeli mempunyai label yang kandungannya adalah tidak betul, maka pengguna boleh memboikot dengan tidak membeli produk tersebut. Ini sekaligus menampakkan bahawa pengguna kita sudah bijak memilih produk dengan membaca penuh teliti akan label sesuatu produk. Ia secara tidak langsung meningkatkan lagi etika jual beli penghasilan produk oleh pengilang.
Saya bersetuju bahawa pengguna perlu tahu memboikot mana-mana produk yang labelnya mengelirukan dan juga berbeza dengan kandungan produk. TIndakan boikot itu sekaligus menampakkan kematangan fikiran pengguna dalam pemilihan barang. Pengusahan produk akan mendapat tempias daripada tindakan boikot dan membuatkan mereka lebih peka dan berhati-hati dalam isu pelabelan ini
ReplyDeleteDari : Amirul izmeer. pelajar diploma kulinari,ipts :)