LABEL ALAM SEKITAR


  • Pelabelan Eko (atau eco-labelling) membantu pengguna membuat keputusan penggunaan yang bertanggungjawab berkaitan dengan alam sekitar.
  • Pelabelaan eko menunjukkan kepada pengguna kesan sesuatu produk (samada penggunaannya,kandungannya atau cara pemprosesannya) terhadap alam sekitar.
  • Beberapa pelabelan eko terdiri daripada tanda kitar semula,tanda bahaya , tanda tong sampah pada bateri telefon bimbit, peralatan elektrik dan elektronik dan tanda penjimatan dan kecekapana tenaga.
  • Tanda seperti di atas biasanya boleh dilihat pada skrin komputer apabila komputer dipasang. Kadang-kadang label ini boleh dilihat pada unit pemprosesan (CPU)
  • Peralatan elektronik pejabat akan ditutup secara automatik kepada mod penjimatan tenaga ("sleep") selepas seketika, jika berada dalam keadaan tidak digunakan , Ini memastikan penggunaan tenaga minimum.


  • Suruhanjaya Tenaga telah menubuhkan skim pelabelan tenaga bagi peralatan elektrik rumah.Kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan mengguna pakai kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga Label Penilaian Tenaga bertaraf 5 bintang menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi.

  • KItar semula plastik adalah satu langkah bijak bagi mengurangkan masalah pengurusan sampah di Malaysia. Label atau kod kitar semula pada tanda kitar semula membantu pengguna dan pihak pengurusan sampah dalam mengasingkan plastik untuk tujuan kitar semula yang berlainan, PETE (1) dan HDPE (2) adalah dua jenis plastik yang banyak digunakan untuk pembungkusan produk pengguna.



0 comments:

Post a Comment